
Kenyataan Akhbar
Julai 2, 2025
LP4Q Memberi Amaran Mengenai Bahayanya Apabila Pihak Antarabangsa Mengabaikan Jenayah Penempatan di Tebing Barat yang Diduduki
Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds kondem sekerasnya terhadap jenayah dan serangan yang dilakukan oleh penempatan di Tebing Barat terhadap rakyat Palestin dan juga rumah, harta benda, dan tanah mereka, yang dilakukan di bawah perlindungan, sokongan, dan galakan kerajaan pendudukan Israel yang ekstremis.
Liga ini menekankan bahawa dunia dikehendaki mengambil langkah-langkah yang serius dan bergiat aktif untuk membongkar penempatan di Tebing Barat dan menubuhkan negara Palestin pada sempadan tahun 1967, seperti yang ditetapkan dalam Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan perjanjian antarabangsa.
Liga ini menegaskan bahawa reaksi antarabangsa terhadap serangan mereka tidak sepadan dengan tahap jenayah yang dilakukan, dan menggalak kerajaan pendudukan untuk mempercepatkan kehadiran penempatan kolonial haram, yang termasuk dalam rangka penggabungan Tebing Barat, sehingga menguburkannya dalam skema penempatan dan mengubah kawasan Palestin menjadi pulau-pulau yang terasing dan berselerak secara geografi. Ini adalah untuk menghapuskan sebarang peluang untuk melaksanakan prinsip penyelesaian 'antara dua-negara' dan resolusi sah antarabangsa serta penubuhan negara Palestin.
Liga ini juga menjelaskan bahawa serangan dan jenayah berterusan sejak Nakba dan pendudukan wilayah Palestin pada tahun 1967 ini telah bergerak ke tahap keganasan yang baru dimana ia dalam keadaan ketidakhirauan dunia yang akan mendorong kepada peningkatan keganasan di rantau ini dan mengancam kepada tercetusnya perang serantau yang baru.
Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds
Ahad, 25 Jun 2023

Kenyataan Akhir Persidangan Kelima Liga Ahli Parlimen al-Quds dan Pale...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Kenyataan Akhir Persidangan Kelima Liga Ahli Parlimen al-Quds dan Palestin Di hadapan H.E. Presiden Republik Türkiye Recep Tayyip Erdoğan, semog...
Baca Lagi

LP4Q Menggesa Agar Ahli Parlimen Jordan yang Dipenjarakan, Imad Al-Adw...
Liga Ahli Parlimen Al-Quds menggesa agar timbalan dan bekas ahli Jawatankuasa Palestin di Parlimen Jordan, Imad Al-Adwan yang telah ditahan oleh anggota pendudukan Israel, dibebaskan serta-merta dan d...
Baca Lagi

LP4Q Menyatakan Pihak Penjajahan Harus Bertanggungjawab Sepenuhnya Kea...
Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds menyalahkan penjajahan Israel secara penuh keatas kematian syahid tahanan, Khader Adnan, yang puncanya daripada dasar pengabaian perubatan yang disengajakan dan kesina...
Baca Lagi