bahasa melayu
slide-bg

Kenyataan Akhbar

Julai 2, 2025

LP4Q Menyatakan Pihak Penjajahan Harus Bertanggungjawab Sepenuhnya Keatas Kematian Syahid Tahanan, Khader Adnan

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds menyalahkan penjajahan Israel secara penuh keatas kematian syahid tahanan, Khader Adnan, yang puncanya daripada dasar pengabaian perubatan yang disengajakan dan kesinambungan penahanan pentadbirannya walaupun kesihatan beliau telahpun merosot.

Oleh itu, liga ini menyeru untuk memberi tekanan ke atas pihak penjajahan agar menghentikan dasar penahanan pentadbiran yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, di mana negara penjajah tidak mematuhi prinsip-prinsip am atau jaminan-jaminan kehakiman dan prosedur yang adil berkaitan dengan penahanan menurut undang-undang antarabangsa dan juga, Konvensyen Geneva.

Liga ini mengesahkan bahawa dasar ini merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan prinsip-prinsip hak asasi manusia, dan pelanggaran terang-terangan terhadap konvensyen antarabangsa yang paling asas. Tambahan pula,  Konvensyen Geneva Keempat 1949, khususnya Artikel 70 dan 71, yang memerlukan pertimbangan perbicaraan yang adil di mana tertuduh diberitahu dengan jelas dakwaan yang difahaminya dalam bahasa yang difahaminya, menunjukkan alasannya ditangkap, membenarkannya untuk membela diri, yang tidak dikenakan oleh pihak penjajah terhadap tahanan pentadbiran.

Kesimpulannya, liga ini menyeru institusi-institusi antarabangsa dan parlimen untuk mengambil tindakan segera untuk melindungi tahanan di penjara penjajahan Israel daripada semua tindakan arbiteri dan perlakuan tidak berperikemanusiaan, dan untuk mengadili penjajahan atas jenayah-jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

 

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds

Selasa, 02 Mei 2023

 

undefined-new

Kenyataan Akhir Persidangan Kelima Liga Ahli Parlimen al-Quds dan Pale...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Kenyataan Akhir Persidangan Kelima Liga Ahli Parlimen al-Quds dan Palestin Di hadapan H.E. Presiden Republik Türkiye Recep Tayyip Erdoğan, semog...

Baca Lagi

undefined-new

LP4Q Menggesa Agar Ahli Parlimen Jordan yang Dipenjarakan, Imad Al-Adw...

Liga Ahli Parlimen Al-Quds menggesa agar timbalan dan bekas ahli Jawatankuasa Palestin di Parlimen Jordan, Imad Al-Adwan yang telah ditahan oleh anggota pendudukan Israel, dibebaskan serta-merta dan d...

Baca Lagi

undefined-new

LP4Q Mengutuk Penahanan Terhadap Ahli Parlimen, Ahmed Attoun oleh Piha...

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds mengutuk penahanan yang dilakukan oleh pasukan penjajahan Israel terhadap Ahmed Attoun, seorang ahli Majlis Undangan Palestin yang mewakili bandar Al-Quds, dalam satu ...

Baca Lagi