
Kenyataan Akhbar
Julai 2, 2025
LP4Q Mengutuk Penahanan Terhadap Ahli Parlimen, Ahmed Attoun oleh Pihak Penjajahan dan Menuntut Pembebasannya
Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds mengutuk penahanan yang dilakukan oleh pasukan penjajahan Israel terhadap Ahmed Attoun, seorang ahli Majlis Undangan Palestin yang mewakili bandar Al-Quds, dalam satu serbuan di rumahnya.
Liga ini menegaskan bahawa penahanan ini merupakan pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang - undang, perjanjian antarabangsa, prinsip-prinsip hak asasi manusia, dan imuniti parlimen yang sewajarnya diberikan kepada wakil-wakil rakyat. Selain itu, tindakan penahanan tersebut juga disaksikan sebagai sebuah tindakan yang tidak berasaskan sebarang justifikasi undang-undang. Akan tetapi, tindakan tersebut merupakan satu tindakan yang dilaksanakan berdasarkan keputusan yang berunsurkan politik. Tahanan tersebut dilihat sebagai satu langkah untuk membatasi peranan wakil-wakil rakyat dalam menghadapi jenayah penjajahan, dan untuk menghalang mereka daripada mengambil bahagian dalam kehidupan politik.
Liga ini turut menggesa ahli-ahlinya, parlimen antarabangsa, dan organisasi berkaitan untuk memberikan tekanan ke atas pihak penjajahan untuk memaksa mereka mematuhi komitmen undang-undang dan menghentikan pelanggaran terhadap hak wakil-wakil rakyat Palestin dan pemimpin politik.
Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds
Jumaat, 5 Mei 2023

Kenyataan Akhir Persidangan Kelima Liga Ahli Parlimen al-Quds dan Pale...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Kenyataan Akhir Persidangan Kelima Liga Ahli Parlimen al-Quds dan Palestin Di hadapan H.E. Presiden Republik Türkiye Recep Tayyip Erdoğan, semog...
Baca Lagi

LP4Q Menggesa Agar Ahli Parlimen Jordan yang Dipenjarakan, Imad Al-Adw...
Liga Ahli Parlimen Al-Quds menggesa agar timbalan dan bekas ahli Jawatankuasa Palestin di Parlimen Jordan, Imad Al-Adwan yang telah ditahan oleh anggota pendudukan Israel, dibebaskan serta-merta dan d...
Baca Lagi

LP4Q Menyatakan Pihak Penjajahan Harus Bertanggungjawab Sepenuhnya Kea...
Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds menyalahkan penjajahan Israel secara penuh keatas kematian syahid tahanan, Khader Adnan, yang puncanya daripada dasar pengabaian perubatan yang disengajakan dan kesina...
Baca Lagi