bahasa melayu
slide-bg

Kenyataan Akhbar

Julai 2, 2025

Liga Eropah Mengecam Kempen Fitnah Besar oleh Parti Pro-Israel terhadap Ahli Parlimen yang Menyokong Perjuangan Palestin di Itali

"Dalam zaman penipuan ini, menyebarkan kebenaran merupakan sebuah tindakan revolusi," seperti yang dinyatakan oleh George Orwell.

Prinsip asas ini adalah salah satu sebab mengapa kami berdiri untuk menyokong Francesca Albanese, Penyiasat Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk situasi hak asasi manusia di Palestin, dan Stefania Ascari, seorang Timbalan Itali yang dituduh menyokong organisasi-organisasi pengganas.

Sekali lagi, kami mengungkapkan solidariti dan sokongan kami yang teguh menghadapi serangan teruk yang dilancarkan oleh Duta Besar Israel di Itali, yang menuduh Albanese telah mengetuai kempen antarabangsa yang bertujuan untuk mencemarkan martabat Israel.

Tuduhan ini adalah semata-mata berdasarkan fakta bahawa Francesca Albanese, dalam laporannya, telah menyebut berkaitan kebenaran mengenai situasi di Palestin. Di dalam laporan tersebut, Francesca telah menekankan berkaitan pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan, ketidakpedulian terhadap undang-undang antarabangsa, dan juga penindasan yang berlangsung selama puluhan tahun yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Dalam konteks konflik kolonial terpanjang dalam sejarah moden, terdapat "kuasa penjajahan" (sebagaimana ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), iaitu Israel, yang menegaskan haknya untuk kekal wujud sementara mereka masih menafikan hak ini secara adil kepada semua rakyat di kawasan tersebut.

Kebenaran ini jelas dan nyata kepada sesiapa yang bersedia melihatnya.

Selain itu, keberanian Duta Besar tersebut untuk menyerang salah seorang ahli kami, yang juga merupakan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam keadaan dimana tiada ahli parlimen untuk  mengingatkannya akan tanggung jawab diplomatiknya, telah mengeruhkan lagi keadaan ini. 

 

Michele Piras

Presiden Liga Eropah Parlimen untuk Palestin.

Khamis, 1 Jun 2023

 

undefined-new

Kenyataan Akhir Persidangan Kelima Liga Ahli Parlimen al-Quds dan Pale...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Kenyataan Akhir Persidangan Kelima Liga Ahli Parlimen al-Quds dan Palestin Di hadapan H.E. Presiden Republik Türkiye Recep Tayyip Erdoğan, semog...

Baca Lagi

undefined-new

LP4Q Menggesa Agar Ahli Parlimen Jordan yang Dipenjarakan, Imad Al-Adw...

Liga Ahli Parlimen Al-Quds menggesa agar timbalan dan bekas ahli Jawatankuasa Palestin di Parlimen Jordan, Imad Al-Adwan yang telah ditahan oleh anggota pendudukan Israel, dibebaskan serta-merta dan d...

Baca Lagi

undefined-new

LP4Q Menyatakan Pihak Penjajahan Harus Bertanggungjawab Sepenuhnya Kea...

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds menyalahkan penjajahan Israel secara penuh keatas kematian syahid tahanan, Khader Adnan, yang puncanya daripada dasar pengabaian perubatan yang disengajakan dan kesina...

Baca Lagi